Tempat-tempat menarik Bandar_Seri_Begawan

Masjid

Barj bersebelahan Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin
  • Masjid Jame'asr Hassanil Bolkiah – Masjid terbesar di Brunei. Ia dibina bagi memperingati hari ulang tahun ke-25 pemerintahan sultan. Dikenali oleh orang tempatan sebagai Masjid Kiarong.

Tempat-tempat bersejarah

  • Dewan Istiadat Diraja atau Lapau
Lapau digunakan bagi upacara istiadat diraja. Sultan Hassanal Bolkiah dimahkotakan di sini pada 1 Ogos 1968.
  • Makam al-marhum Sultan Bolkiah di Kota Batu
  • Makam al-marhum Sultan Sharif Ali di Kota Batu
  • Makam Di-Raja
Terletak berjauhan dari sungai Brunei, Makam Di-Raja menjadi tempat bersemadi sultan-sultan Brunei dan ahli keluarga diraja.

Muzium

Muzium Brunei ialah muzium terbesar di Brunei. Ia terletak di tapak arkeologi Kota Batu.
  • Muzium Brunei – Terletak di tapak arkeologi Kota Batu lebih kurang 5 km (3.1 mi) dari Bandar Seri Begawan. Muzium ini diasaskan pada tahun 1965 dan merupakan muzium terbesar di Brunei. Muzium ini ditempatkan di tapaknya sekarang pada tahun 1970 dan dibuka dengan rasmi pada tahun 1972. Muzium memberi tumpuan kepada sejarah Islam, sejarah semula jadi, adat resam Brunei, seramik dan industri minyak Brunei.